Wednesday, February 26, 2014

Profil Syarikat KRUSS SUCCESS Ent

Jus Madu Epal dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera iaitu KRUSS SUCCESS ENTERPRISE yang beroperasi di Padang Tembak Johor. Syarikat ini mengeluarkan produk-produk berasaskan madu lebah seperti Royal Jelly Soap, Sabun Propolis, Madu Kelulut, Madu Lebah asli, Jus Cuka Epal dan lain-lain lagi.
Pengasas syarikat ini adalah Encik Nor Azman Bin Nawi.



Iltizam Syarikat
Sebagai sokongan kepada perkembangan anak-anak muda dalam mendalami bidang tahfiz Al-Quran, sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada pertubuhan tersebut.

Pengurusan Syarikat juga telah sepakat pada masa akan datang  untuk menubuhkan Madrasah Tahfiz  Al Quran sendiri melalui dana yang dikumpul dari sebahagian hasil keuntungan perniagaan.

Sebagai permulaan ke arah pembangunan ini, pengasas JUS MADU EPAL KRUSS iaitu En Nor Azman Bin Nawi telah menghantar anak lelaki keduanya ke Madrasah Tahfiz Sinaran Baru yang terletak di Johor Bahru. dan telah pun tamat pengajiannya pada Januari 2013 yang lalu. Usaha ini telah diteruskan dengan anak ketiganya yang telah memasuki madrasah tersebut pada hujung tahun 2010 dan Insyaallah akan tamat pada  tahun 2015.Syukur Allhamdulilah selepas beberapa tahun berusaha, dengan kehendakNya, Insyaa Allah sebuah madrasah bakal dibina sekitar daerah Kluang.

Selain dari itu, sebagai memastikan usaha menjamin kualiti dan harga yang kompetetif kepada pelanggan, kami juga Insyaa Allah dalam tahun ini (2013) sedang berusaha mendapatkan sebidang tanah untuk mengendalikan sendiri Ladang Lebah yang mana tapak tanah tersebut juga akan menempatkan Madrasah Tahfiz Al Quran dan Kilang Jus Madu Epal kami pada masa akan datang.

Langkah ini merupakan satu tanggungjawab fardu kifayah dalam meningkatkan kesedaran masyarakat yang kini semakin terhimpit dengan pelbagai masalah dan gejala sosial. Justru, sokongan dan doa daripada semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan impian ini. 

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami selama ini, Kami juga doakan  sambil Tuan/Puan  menikmati kelazatan dan khasiat Jus Madu Epal, moga Allah kurniakan keberkatan  dan kesihatan kepada Tuan/puan seisi keluarga.

(Feb. 2013) 

PROMOSI!!!

Di atas permintaan pelanggan, kami akan memberikan perkhidmatan penghantaran!! Rebutlah peluang ini!!

Penghantaran perlu dibuat awal sehari, harap maklum.

Telefon Mukhlis Mokhtar di talian 019 349 0681 untuk pertanyaan lanjut.




Info Madu

Madu merupakan satu anugerah tuhan yang sangat bermakna terhadap manusia. Madu adalah sejenis manisan semulajadi yang bebas dari sebarang pengawet. Warnanya berbeza mengikut lokasi di mana madu itu dihasilkan.  Manfaat kesihatan madu telah lama disedari oleh manusia untuk merawat pelbagai penyakit. Madu mengandungi antioksidan yang kuat dengan ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria. Walaupun hujah-hujah saintifik telah dibuat untuk penggunaan madu di zaman moden, penggunaannya masih satu amalan konvensional di bawah amalan "perubatan alternatif." Pada zaman moden, kegunaan terapeutik telah dikaji dan digunakan di kebanyakan hospital. "Honey and Milk" telah digunakan sebagai metafora untuk menerangkan etos agama dan Matahari.

Sifat-sifat pemakanan dan perubatan madu telah didokumenkan sejak zaman purba dalam Veda, Yunani, Rom, Kristian, Islam dan agama dan budaya lain. Pakar daripada zaman purba, seperti Aristotle (384-322 SM), Aristoxenus (320 SM) Hippocrates, Prophyry, Cornelius Celsus (awal abad pertama Masihi) dan Dioscorides (c. 50 AD), dan pakar-pakar perubatan Arab El Mad Joussy dan El Basry , telah merujuk kepada sifat-sifat penyembuhan madu.

Para saintis telah mendedahkan bahawa madu mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang kuat ke atas sekurang-kurangnya enam puluh spesies bakteria, dan tidak seperti antibiotik, yang sering tidak berguna terhadap beberapa jenis bakteria, madu tidak mengandungi bahan toksik dan mempunyai kesan yang kuat. 

Komposisi madu termasuk gula seperti glukosa dan fruktosa serta mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorin, sulfur, besi dan fosfat. Bergantung kepada kualiti madu dan debunga, vitamin yang terkandung dalam madu adalah B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Dalam kesusasteraan Islam purba, madu lebah telah memberi untuk mereka " kecerdasan, industri dan kreativiti. " Al-Quran menyebut ia sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit manusia. Nabi Muhammad sendiri bercakap mengenai kuasa penyembuhan madu sebagai ubat. Pada lewat abad ke-12 , seorang doktor Muslim menyifatkan kuasa penyembuhan madu untuk menyuraikan cecair badan, menenangkan sistem penghadaman dan pencernaan , menguatkan ingatan, awet muda, meningkatkan selera makan, menghalang pecahan otot dan memelihara mereka.


Jus pokok Parrot dan madu satu penyembuhan Madu Ayurveda dapat dikesan untuk tempoh dinasti Xin tahun 2000 SM. Salah satu daripada lima ciri-ciri perubatan madu adalah sebagai kuratif untuk insomnia, diamalkan dari zaman Li Zzen , doktor dinasti Ming. Dari 1000 SM, ia adalah satu rawatan herba Saxon untuk luka-luka ,  dan anggota badan dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman. Pada tahun 1446 , ia telah digunakan sebagai dadah terapeutik dalam kombinasi dengan tawas untuk merawat ulser , dan pada 1623 , ia telah digunakan sebagai antiseptik dan pencuci mulut . Penggunaan madu sebagai ubat terapeutik dalam pelbagai kombinasi dipopularkan di Eropah zaman pertengahan , dalam terutamanya di England , Jerman , Finland, dan Ireland. Ia juga diberikan kepada Ghana, Amerika Syarikat, Nepal, Nigeria, Rusia, dan Brazil.

Antara sabda Nabi Muhammad tentang madu:

1. Disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari – Nabi  صلى الله عليه وسلم bersabda : (asal sabda nabi di dalam bahasa arab, hanya ini sebagai terjemahan, yang seeeloknya dirujuk bahasa arab)

وقال الرسول: “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل و شرطة محجم و كية بنار ,وأنا أنهى أمتي عن الكي “. (رواه البخارى في الصحيح)
”syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”


2. Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut, baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda
 حدثنا محمود بن خداش حدثنا سعيد بن زكرياء القرشي حدثنا الزبير بن سعيد الهاشمي عن عبد الحميد بن سالم عن
 أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.
(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)

3.  Telah disebut pula di dalam surah Lebah , ayat 68-69
وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

Cited from  http://duniarahsiamadu.wordpress.com/2012/12/18/madu-dalam-alquran-dan-hadis/

Kesimpulannya, madu banyak memberi manfaat kapada diri kita sama ada kita sedar atau tidak. Oleh itu, marilah kita mula mengamalkannya. Insya Allah.




Info Cuka

Assalamualaikum

Cuka merupakan makanan yang telah diguna pakai sejak dahulu lagi. Tamadun-tamadun di dunia telah menggunakannya untuk pelbagai perkara, dari kesihatan hingga peperangan. Dari cendakiawan Greek hingga Islam, mereka telah memperakui keberkesanan cuka dalam hidup kita. Antaranya adalah bapa perubatan Greek iaitu Hippocrates menggunakan cuka bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit termasuk demam, batuk dan selesama. Ini kerana sifatnya yang bersifat antiseptik membantu membunuh kuman di dalam badan dan secara langsung menguatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Cuka juga dijadikan minuman tonik bagi menambah tenaga, tentera Roman mengamalkan peminumannya secara berterusan untuk menguatkan tubuh badan. Ibn Sina, di dalam bukunya 'The Cannon of Medicine" memberitahu bahawa cuka ada kesan kepada kesihatan tubuh badan. Beliau mengatakan bahawa cuka merupakan agen pembekuan yang kuat, menyembuhkan kulit yang tersepuh dan suplimen sistem pencernaan yang baik. Ibn Qayyim Al-Jawziyya di dalam bukunya 'Al Tibb al Nabawi' mengatakan bahawa cuka membantu di dalam penyembuhan masalah gastrik dan menghalang daripada keracunan makanan. 

Cuka merupakan sebahagian daripada amalan pemakanan tamadun China sejak dahulu lagi, ia telah direkod pada tahun 8 BC. Di dalam perubatan tradisional China (TCM) cuka merupakan bahan yang diguana pakai secara menyeluruh. Ini kerana tamadun China sedar akan kebaikan dan keberkesanan cuka tersebut. Dari menyembuhan penyakit kulit ke masalah jantung, darah tinggi dan masalah sistem pencernaan, cuka diguna pakai. Semasa zaman dinasti Han (206 BC- AD 220), cuka merupakan perasa utama, cuka telah menjadi makanan atau komponen utama di dalam masakan mereka. Sebanyak 22 cara membuat cuka telah dikumpul dan direkod di dalam sebuah buku pertanian oleh Jia Sixie dari dinasti utara Wei, (AD 386-534) nama buku tersebut adalah Qi Min Yao Shu (Main Technique for the Welfare of the people)

Oleh itu, tidak rugi kita mengamalkan pemakanan cuka. Ini kerana ia merupakan makanan yang paling murah dan berkesan. Jika anda tidak mahu mempercayai penulisan saya, jika sebagai seorang muslim percayalah sabda Nabi Muhammad.

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Sabda Nabi cited from http://kehebatansunnah.blogspot.com/

Jika berminat, telefon 013 349 0681 untuk membuat order Jus Madu Epal.




Wednesday, February 5, 2014

Perkongsian Khasiat Madu dan Cuka

Assalamualaikum(peace be upon you)

Dengan ledakan teknologi maklumat pada zaman sekarang membuatkan pelbagai penemuan baru di dalam pelbagai bidang. Antaranya perubatan, pembuatan, pemakanan, penerbangan dan lain-lain lagi. Kadang kala semua ini membuatkan manusia lebih berasa bangga akan diri dan ilmu mereka. Tetapi adakah anda tahu bahawa semaju manapun sesebuah negara tersebut, kemajuan dan ilmu yang dikecapi tidak akan sampai setinggi ilmu yang dimiliki oleh Allah s.w.t.
  
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
(Al-Israa' 17:37)

Oleh itu, kita sebagai orang Islam dan umat Muhammad wajib meyakini apa yang diturunkan kepada kita. Nabi Muhammad pernah berkata bahawa kita tidak akan sesat jika kita berpegang teguh kepada al quran dan sunahnya. Ini kerana kedua-dua perkara ini jalan beriringan dan mempunyai sebab musabab yang kita teladani dan ikuti. Sebagai contoh, pada zaman sekarang ramai dari kita yang menghidap pelbagai penyakit. Malah, ia bukan takat sahaja melemahkan kita malah menghalang kita dari beribadat dengan lebih khusyuk. 

 Walhal perkara ini dapat kita hindari jika kita amalkan pemakanan mengikut cara Rasullulah. Salah satu cara adalah pemakanan madu. Terdapat kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu.Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.


Pitagoras, seorang ahli matematik mengatakan beliau mengamalkan madu untuk hidup sehat. Beliau meninggal ketika berusia 90 tahun. Abu Qirat hidup 107 tahun adalah seorang yang sering mengamalkan meminum madu. Demikian juga Aristotle dan Galenos, ahli perubatan Greek. Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”. (Abdul Karim Najib, 1994: 173-174)

http://madupenawar.blogspot.com/2007/05/penggunaan-madu-lebah-mengikut.html


Kemudian, pemakanan cuka di dalam kehidupan seharian. Ramai diantara kita sering mengelak dari memakan cuka walhal ia amat baik untuk kita. Sabda Nabi Muhammad tentang cuka: 

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal(cuka). Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)



Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
------------------------------------------------------
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-

** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan


http://anadinmu.blogspot.com/2011/10/cuka-dan-makanan-sunah-rasulullah.html

Oleh itu, yakinlah dengan perubatan islam sendiri. Jika anda tidak mempercayai penulisan saya, percayalah pada Allah dan Nabi Muhammad. Saya hanya berkongsi ilmu-ilmu yang saya ada sahaja. Sekian terima kasih.

Asslamualaikum

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak."

~ (Al-Baqarah 216)

Jika berminat untuk mengamalkan pemakanan madu dan cuka, sila tekan link di bawah untuk lebih lanjut. Produk kami berbeza kerana kami MENCAMPURKAN KEDUA-DUANYA sekaligus, oleh itu ia adalah lebih MUDAH DAN MURAH. Terus hubungi saya di talian 019 349 0681(Mukhlis, bahagian Shah Alam, penghantaran ke rumah boleh diuruskan, cuma perlu menambah Rm4.00 sahaja)


http://www.kruss.com.my/