Dengan ledakan teknologi maklumat pada zaman sekarang membuatkan pelbagai penemuan baru di dalam pelbagai bidang. Antaranya perubatan, pembuatan, pemakanan, penerbangan dan lain-lain lagi. Kadang kala semua ini membuatkan manusia lebih berasa bangga akan diri dan ilmu mereka. Tetapi adakah anda tahu bahawa semaju manapun sesebuah negara tersebut, kemajuan dan ilmu yang dikecapi tidak akan sampai setinggi ilmu yang dimiliki oleh Allah s.w.t.Assalamualaikum(peace be upon you)
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
(Al-Israa' 17:37)Oleh itu, kita sebagai orang Islam dan umat Muhammad wajib meyakini apa yang diturunkan kepada kita. Nabi Muhammad pernah berkata bahawa kita tidak akan sesat jika kita berpegang teguh kepada al quran dan sunahnya. Ini kerana kedua-dua perkara ini jalan beriringan dan mempunyai sebab musabab yang kita teladani dan ikuti. Sebagai contoh, pada zaman sekarang ramai dari kita yang menghidap pelbagai penyakit. Malah, ia bukan takat sahaja melemahkan kita malah menghalang kita dari beribadat dengan lebih khusyuk.
Walhal perkara ini dapat kita hindari jika kita amalkan pemakanan mengikut cara Rasullulah. Salah satu cara adalah pemakanan madu. Terdapat kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu.Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.
Pitagoras, seorang ahli matematik mengatakan beliau mengamalkan madu untuk hidup sehat. Beliau meninggal ketika berusia 90 tahun. Abu Qirat hidup 107 tahun adalah seorang yang sering mengamalkan meminum madu. Demikian juga Aristotle dan Galenos, ahli perubatan Greek. Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”. (Abdul Karim Najib, 1994: 173-174)
http://madupenawar.blogspot.com/2007/05/penggunaan-madu-lebah-mengikut.html
Kemudian, pemakanan cuka di dalam kehidupan seharian. Ramai diantara kita sering mengelak dari memakan cuka walhal ia amat baik untuk kita. Sabda Nabi Muhammad tentang cuka:
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal(cuka). Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.
Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
------------------------------------------------------
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
http://anadinmu.blogspot.com/2011/10/cuka-dan-makanan-sunah-rasulullah.html
Oleh itu, yakinlah dengan perubatan islam sendiri. Jika anda tidak mempercayai penulisan saya, percayalah pada Allah dan Nabi Muhammad. Saya hanya berkongsi ilmu-ilmu yang saya ada sahaja. Sekian terima kasih.
Asslamualaikum
Jika berminat untuk mengamalkan pemakanan madu dan cuka, sila tekan link di bawah untuk lebih lanjut. Produk kami berbeza kerana kami MENCAMPURKAN KEDUA-DUANYA sekaligus, oleh itu ia adalah lebih MUDAH DAN MURAH. Terus hubungi saya di talian 019 349 0681(Mukhlis, bahagian Shah Alam, penghantaran ke rumah boleh diuruskan, cuma perlu menambah Rm4.00 sahaja)

No comments:
Post a Comment