Assalamualaikum
Cuka merupakan makanan yang telah diguna pakai sejak dahulu lagi. Tamadun-tamadun di dunia telah menggunakannya untuk pelbagai perkara, dari kesihatan hingga peperangan. Dari cendakiawan Greek hingga Islam, mereka telah memperakui keberkesanan cuka dalam hidup kita. Antaranya adalah bapa perubatan Greek iaitu Hippocrates menggunakan cuka bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit termasuk demam, batuk dan selesama. Ini kerana sifatnya yang bersifat antiseptik membantu membunuh kuman di dalam badan dan secara langsung menguatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Cuka juga dijadikan minuman tonik bagi menambah tenaga, tentera Roman mengamalkan peminumannya secara berterusan untuk menguatkan tubuh badan. Ibn Sina, di dalam bukunya 'The Cannon of Medicine" memberitahu bahawa cuka ada kesan kepada kesihatan tubuh badan. Beliau mengatakan bahawa cuka merupakan agen pembekuan yang kuat, menyembuhkan kulit yang tersepuh dan suplimen sistem pencernaan yang baik. Ibn Qayyim Al-Jawziyya di dalam bukunya 'Al Tibb al Nabawi' mengatakan bahawa cuka membantu di dalam penyembuhan masalah gastrik dan menghalang daripada keracunan makanan.
Cuka merupakan sebahagian daripada amalan pemakanan tamadun China sejak dahulu lagi, ia telah direkod pada tahun 8 BC. Di dalam perubatan tradisional China (TCM) cuka merupakan bahan yang diguana pakai secara menyeluruh. Ini kerana tamadun China sedar akan kebaikan dan keberkesanan cuka tersebut. Dari menyembuhan penyakit kulit ke masalah jantung, darah tinggi dan masalah sistem pencernaan, cuka diguna pakai. Semasa zaman dinasti Han (206 BC- AD 220), cuka merupakan perasa utama, cuka telah menjadi makanan atau komponen utama di dalam masakan mereka. Sebanyak 22 cara membuat cuka telah dikumpul dan direkod di dalam sebuah buku pertanian oleh Jia Sixie dari dinasti utara Wei, (AD 386-534) nama buku tersebut adalah Qi Min Yao Shu (Main Technique for the Welfare of the people)
Oleh itu, tidak rugi kita mengamalkan pemakanan cuka. Ini kerana ia merupakan makanan yang paling murah dan berkesan. Jika anda tidak mahu mempercayai penulisan saya, jika sebagai seorang muslim percayalah sabda Nabi Muhammad.
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Sabda Nabi cited from http://kehebatansunnah.blogspot.com/
Jika berminat, telefon 013 349 0681 untuk membuat order Jus Madu Epal.

No comments:
Post a Comment